3 Tips Bisnes Penting Di Musim Coronavirus atau Covid-19

Awal tahun 2020 ini, pihak World Health Organization (WHO) telah mengumumkan kepada dunia secara jelas bahawa wabak Coronavirus atau Covid-19 ini adalah satu sebagai satu Pandemic. Ini berdasarkan pada jumlah kes yang naik mendadak di seluruh dunia akhir-akhir ini.

Istilah pandemik ini merujuk kepada wabak yang menyerang merentasi sempadan negeri, negara bahkan benua. Lebih tepat lagi virus ini telah memberi kesan kepada seluruh dunia.

Kebanyakan negara yang terjejas teruk akibat virus ini akan melaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti Malaysia. Bila PKP dilaksanakan, hampir kebanyakan perniagaan dan pejabat yang terpaksa ditutup kecuali dalam senarai essential items.

Vitamin Dah Masuk List Keperluan Asas
Vitamin Dah Masuk List Keperluan Asas

Sumber : The Rakyat Post

Bila banyak tidak beroperasi maka banyaklah perniagaan yang terkesan dengan wabak ini. Contohnya Malaysia Airlines (MAS) sudah menghentikan penerbangannya 12 kali seminggu ke Seoul berkuat kuasa serta-merta. Tidak kurang juga syarikat yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengumumkan pemotongan gaji pekerja. Dan jika situasi ini tidak terkawal dan masih berterusan, mungkin lebih banyak yang terkesan.

Soalnya, bagaimana bisnes Shaklee kita mulai sekarang?

Berikut ada beberapa tips yang boleh diikuti untuk meneruskan kelangsungan bisnes khasnya untuk semua dalam organisasi saya. Bagaimana bisnes kita boleh terus ‘grow‘ dalam situasi sedikit sukar.

Bersedia

Sebagai biz owner kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi luar kawal tapi kita boleh bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan.

Bersedia Dari Aspek Kesihatan

Foundation kepada sesebuah kejayaan adalah kesihatan yang baik. Kalau kita tak sihat, kita takkan dapat menikmati kejayaan tersebut walaupun ada harta yang banyak.

Kurangkan makanan rapu dan tak berkhasiat yang tak membantu lawan virus ini seperti gula berlebihan, mee segera, fast food dan sebagainya.

Ambil pemakanan yang boleh meningkatkan sistem imunisasi kita. Makan lebih sayur dan buah. Ataupun boleh ambil pemakanan tambahan yang terbukti dengan sains dapat membantu meningkatkan antibody tubuh seperti vitamin C, ResV, Vivix, Nutriferon dan lain-lain.

Bersedia dari Aspek Kewangan

Banyak bisnes yang terjejas dan ini akan menyebabkan kewangan para pekerja juga terjejas. Sebagai contoh, pihak Malindo Air keluarkan notis bersedia untuk pemotongan gaji sehingga 50 peratus kepada staff terlibat. Airasia juga telah mula pemotongan gaji 10 peratus untuk pengurusan tinggi.

Kita mesti ada cash reserve jika ada yang terlibat. Jika pasangan kita antara terlibat, kita perlu ada adequate reserve untuk terus membayar komitmen bulanan dan barangan asas. Syukur baru-baru ini banyak bantuan dari pihak kerajaan untuk kita. Asingkan siap-siap untuk cash reserve sebab kita tak tau berapa lama lagi situasi ini akan berterusan.

Bersedia Dari Aspek Mental

Jika kita terjadi ada antara ahli keluarga terkena jangkitan virus, bersedia untuk menghadapi dengan mental yang positif dan kuat. Jangan panik dan rasa down sampai tak mahu buat apa-apa. Virus ini memang mudah tersebar tetapi kadar kematian sangat rendah. Virus yang ‘highly contagious but not deadly virus for now’.

Bersedia juga dari segi mental untuk kurangkan kos sara hidup dari aktiviti yang biasa kita buat. Mungkin selama ini bila cuti sekolah kita biasa bercuti ke luar negara atau kawasan peranginan, saat getir ini bersabarlah dahulu. Kuatkan mental kita untuk tidak berasa stress berlebihan di rumah.

Bersyukur

Bersyukur Bisnes Shaklee Tiada Kos Tetap

Bisnes Shaklee Alhamdulilah tak begitu affected dengan pandemic ini kerana kita tiada overhead cost yang perlu difikir seperti kos sewa kedai, gaji pekerja dan lain-lain. Bisnes konvensional yang lain sangat affected kerana perkara yang disebut tadi. Mereka ada fix cost yang perlu dibayar tiap-tiap bulan. Jualan dan keuntungan mereka pula terjejas kerana tak beroperasi.

Banyak-banyaklah bersyukur kerana bisnes Shaklee ini unik. Unik sebab kos berada di tahap minimum dan bisnes semakin grow kerana ramai yang mencari produk Shaklee untuk meningkatkan system imun musim virus ini.

Bersyukur Bisnes Fleksibel Bekerja Di Rumah

Bersyukur kerana ramai antara kita yang sudah terbiasa bekerja dari rumah dari sebelum pandemic ini lagi. Maka, risiko untuk terkena jangkitan itu di tahap minimum. Kita juga perlu bersyukur kerana kita dah terbiasa dengan fleksibiliti bekerja dari rumah sejak dulu lagi. Ramai yang struggle untuk beradaptasi bekerja dari rumah.

Bersyukurlah kerana segala urusan berkaitan bisnes seperti pesanan produk, pendaftaran ahli dan penghantaran dibuat secara online serta diuruskan oleh pihak syarikat. Segala aktiviti bimbingan dan sokongan bersama ahli dalam organisasi juga biasa di buat secara atas talian.

Pendek kata, tiada apa-apa perubahan drastik pada operasi bisnes Shaklee kita malah kita boleh lebih fokus untuk membesarkan lagi perniagaan.

Fokus

Fokus Pada Perkara Penting & Positif Sahaja

Akan ada banyak cerita viral yang meresahkan dan paling kelakar 90 peratus adalah ‘fake news’. Banyak gangguan yang akan mengganggu focus kita jika kita tak bersedia. Cerita kedai kopi tentang covid-19, situasi politik atau keadaan ekonomi akan banyak tersebar musim ini. Elakkan terlibat menyebarkan khabar angin dan tetapkan fokus kepada bisnes.

Kita ambil tahu perkara yang penting, positif dan bermanfaat. Jika perkara itu tiada kaitan dengan kita, abaikan. Kita tak perlu habiskan masa produktif kita untuk perkara yang tak bermanfaat dan negatif.

Fokus Kepada Aktiviti Bisnes

Terus sibukkan diri dengan aktiviti bisnes seperti biasa. Mulakan hari di awal pagi dan rujuk iReachLog dan teruskan ikut perancangan harian kita. Jangan sesekali skip. Hubungi ahli dalam kumpulan dan para pelanggan untuk sentiasa ‘follow-up’ dan ‘keep in touch’ dengan mereka. Sentiasa aktif dalam perbincangan kumpulan dan berhubung rapat dengan mentor bisnes. Sekarang bukan masa untuk ‘slow down‘ dan bersantai-santai.

Ini adalah peluang keemasan kita untuk fokus membesarkan bisnes kita kerana semua rakyat banyak masa di rumah. Lebihan perhatian untuk mereka mencari-cari peluang dan berfikir tentang kehidupan.

Fokus Kembangkan Bisnes

Sekarang ini adalah masa yang terbaik untuk Kembangan bisnes Shaklee kita. Tatkala bisnes lain merudum, alhamdulillah bisnes Shaklee kta terus berkembang. Bisnes kita kalis ekonomi kerana kita adalah people busines. Makin banyak kita bantu orang lain untuk sukses, kita makin sukses.

Kita juga dalam industri kesihatan. Industri kita tiada turun naik kerana semua orang perlu untuk terus kekal sihat pada setiap masa tak kira ekonomi gawat atau tidak.

Lebih-lebih lagi, ramai orang mencari produk yang boleh bantu mereka melawan virus dan dalam masa sama, ramai yang mencari pendapatan tambahan untuk menampung kewangan yang terjejas. Fokus aktiviti untuk kembangkan perniagaan sekarang.

Jelas? Boleh kongsi jika bermanfaat.

Diharapkan sedikit sebanyak ia membantu bisnes Shaklee anda.

Masih belum daftar ahli Shaklee?

Hubungi saya di sini (klik sini).

1 comment / Add your comment below

  1. Vitamin dah masuk dalam list essentials item. Dan market vitamin ni sangat memberangsangkan tak kira musim. Syukur ditemukan dengan biz shaklee. Sale bulan lepas berganda daripada sale sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.