3 Tips Bagi Memulakan Bisnes Online Yang Menguntungkan

Sehingga entri ini ditulis, harga petrol RON95 di Malaysia naik lagi sehingga mencecah RM2.31 seliter. Setiap kali harga minyak melonjak naik, setiap kali itu, kita akan rasa stress memikirkan ‘chain-reaction’ dari kenaikan ini. Sudah tentu kos sara hidup akan semakin meningkat.

Mahu tak mahu, kita perlu cari duit lebih lagi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat seiring dengan kenaikan harga barang. Kalau anda masih lagi bujang pun terasa, apatah lagi orang yang sudah ada anak empat!


Kita Cari Duit Bukan Setakat Merungut Mendongak Langit

Dalam entri sebelum ini kami pernah kongsi mengapa Generasi Muda Perlu Mula Berniaga, antara faktornya adalah keadaan ekonomi yang tak menentu. Di samping itu, cabaran yang dihadapi oleh kita hari ini tidak sama dengan zaman mak ayah kita dulu.

Kita dah tak mampu untuk berjimat lagi kerana kita dah habis berjimat. Pergi kerja naik public transport, makan mi segera 3 kali seminggu, potong astro, simpanan pun tinggal kosong! Celah mana lagi yang mampu kita nak berjimat. Agak mustahil lah kan?

Suka atau tidak, kita perlu fikir untuk tambah income dan menyesuaikan diri dengan kos sara hidup yang tinggi ini. Ini kerana, keadaan ini dijangka takkan berubah dalam jangkamasa pendek ini. Kalau kita gagal menyesuaikan diri, dibimbangi akan memakan diri di kemudian hari.

Jadi, apa pilihan yang kita ada? Tambah pendapatan dengan cari bisnes online yang bermodal rendah dan memberi pulangan optimum. Wujud ke?

Ada 3 ciri yang perlu anda teliti sebelum memulakan perniagaan online yang menguntungkan.

1.0 Cari Bisnes Yang Kurang Kos Operasi

Bisnes yang paling kurang kos operasi adalah bisnes online seperti bisnes Shaklee yang kami usahakan ini. Bisnes online menggunakan teknologi sedia ada. Kita menggunakan medium seperti Facebook, blog dan instagram untuk memasarkan servis dan produk.

Paling best, kita boleh jimat kos minyak, kos tol, jimat tenaga dan jimat masa kerana tidak perlu berjumpa pelanggan secara bersemuka.

On top of that, bisnes online ini tak perlu sewa kedai atau booth dengan kos ribuan ringgit. Malah, ia dibuka selama 24 jam dan 7 hari seminggu. Cuma perlukan internet. Jika risau kos internet, boleh guna wifi percuma di kedai makan dengan kos secawan kopi. 

Sebab itu, kami di Celikvitamin Group memang memanfaatkan teknologi sepenuhnya untuk menjana jualan.

2.0 Cari Bisnes Yang Fleksibel Dan Tak Menyusahkan

Selain dari kos operasi yang rendah, kita juga perlu cari bisnes yang fleksibel iaitu tak ganggu masa dan ‘cashflow’ kita yang meruncing itu. Iyalah, kebanyakan kita memang sama ada bekerja, suri rumah atau ‘fresh graduate’ sudah ada rutin sendiri setiap hari.

Bisnes yang ‘fleksibel’ dari aspek masa ini penting kerana kita boleh sesuaikan dengan jadual harian kita. Sebab itulah dari dulu, kami pilih bisnes online seperti Shaklee ini. Kita bebas untuk merancang masa kerana semuanya dihujung jari. Kita boleh menjalankan bisnes online ini dimana-mana pada bila-bila masa tanpa mengganggu kerja hakiki.

Dalam group kami sendiri, ada pelbagai latarbelakang seperti peguam, jurutera, doktor, jururawat, kerani, surirumah, pelajar dan sebagainya yang sangat ‘enjoy’ bisnes Shaklee kerana tak ganggu aktiviti harian mereka yang sangat sibuk.

Selain itu, kita perlu bisnes yang ‘fleksibel’ dari segi tak ganggu ‘cashflow’. Cari bisnes yang berkonsepkan ‘dropship‘ dan tak perlu modal untuk beli stok. Itu yang kami lakukan dari hari pertama berbisnes Shaklee. Ambil order dari pelanggan, pelanggan bayar dan kami order di web Shaklee secara online. Pihak syarikat akan menguruskan penghantaran sehingga ke pintu pelanggan.

3.0 Cari Bisnes Yang Kalis Gawat Atau ‘Recession Proof’

Bisnes yang kurang kos operasi dan fleksibel sahaja sebenarnya tak mencukupi. Malah, ciri yang paling kritikal adalah produk itu boleh dijual walaupun dalam apa jua keadaan ekonomi. Pendek kata kalis gawat atau ‘recession proof’.

Apa guna kurang kos dan fleksibel kalau produk tak boleh dijual dalam keadaan ekonomi merudum seperti sekarang ini. Logik tak?

Cuba tanya diri anda soalan ini berkali-kali dan fikirkan jawapan dengan teliti. 

“Bagaimana perkhidmatan dan produk yang kita tawarkan itu mampu bantu para pelanggan kita untuk lebih jimat, lebih bertenaga, lebih sihat, lebih income dan lebih masa?”

Sebenarnya, jawapan dari persoalan inilah yang akan memastikan sama ada para pelanggan akan terus menggunakan servis dan produk yang kita jual. Oleh sebab, para pelanggan kita bukan setakat jatuh cinta malah sangat perlukannya sehingga tahap terpaksa guna duit simpanan mereka.

Logiknya, kenapa pelanggan akan terus setia beli Vitamin Shaklee? Ini kerana kesan pengambilan vitamin ini terbukti membantu tambah tenaga untuk mereka lebih produktif di pejabat. Pelanggan juga lebih berjimat dari bayar bil hospital kerana tahap kesihatan bertambah baik selepas makan vitamin Shaklee.

Sekarang Anda Dah Tahukan Bisnes Apa Kurang Kos Operasi, Fleksibel Dan “kalis gawat”kan?

Kami juga sama seperti anda 5 tahun lepas, mencari-cari peluang untuk tambah income.

Kini bukan income saja bertambah. Tak pasal-pasal kena paksa pergi bercuti ke luar negara setiap tahun sebab Shaklee taja. Siap bagi duit poket lagi. Nak suh shopping lettew. Mencik tau!

Untuk sebarang kemusykilan. Tanya Je. 

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082 Pn Adilah

Leave a Reply

Your email address will not be published.